Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib lulus RM10 juta bagi pembangunan Kerdau
Diterbitkan:  Feb 27, 2011 10:25 PM
Dikemaskini: 2:29 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh.

Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

najib visit kerdau 270211 03 Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.        

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau di Temerloh, hari ini.

najib visit kerdau 270211 02 Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti.

Sementara itu, Najib juga mengajak rakyat untuk melihat apa yang didakwanya sebagi keretakan yang dialami Pakatan Rakyat.

Katanya, adalah tidak wajar untuk mempercayai Pakatan Rakyat kerana mereka ini bukan satu parti yang kukuh untuk mentadbir negara dengan baik.

"Parti pembangkang ini, dia main sandiwara politik. Dia tak ada satu ikatan ideologi yang konkrit sebenarnya. Tengok sahajalah mereka nak tubuh kabinet bayangan pun sampai sekarang pun tak boleh tubuh.

"Dia (Pakatan Rakyat) tak berani nak beri jawatan antara dia. Siapa nak jadi Menteri Kewangan, siapa nak jadi Menteri Pelajaran, (dan) dalam pembangkang pun tak ada kesepakatan. Mereka ini satu sahaja, nak jatuhkan BN," katanya.

- Bernama

ADS