Polis menangkap naib presiden Parti Hak Asasi Manusia (HRP), K Selvam, di rumahnya di Kampung Benggali di Rawang hari ini.

hindraf kampung buah pala protest at dap hq petaling jaya 300609 selvam Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, Selvam ditahan jam 12.45 tengahari tadi dan dibawa ke balai polis daerah Selayang untuk disoalsiasat.

"Tiga kereta peronda polis berhenti di depan rumahnya ketika dia berada bersama dengan isteri dan anak-anaknya, dan diserahkan waran tangkap," kata Jayathas kepada Malaysiakini.

Jayathas berkata beliau difahamkan bahawa Selvam (kanan) akan didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan dan akan dihadapkan di mahkamah majistret Selayang pada jam 2 petang.

Selvam dijangka didakwa atas tuduhan menganjur, mengambil bahagian dan membantu konvoi haram peserta protes.

NONE Sama ada pemimpin HRP, P Uthayakumar atau penasihat undang-undang HRP, M Manoharan dijangka akan mewakili Selvam.

Pada jam 3.15 petang, Jayathas turut ditahan di ibupejabat HRP di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Dua pemimpin HRP dan tiga yang lain sedang dihadapkandi Mahkamah Majistret Selayang.

Pada 13 Februari, seramai 59 anggota di Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, ditahan ketika polis bertindak terhadap konvoi membantah novel Interlok.

[Baca berita penuh]