'Tiada pencabulan peribadi' dalam mesej tahun baru PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menafikan tindakan beliau menghatar mesej teks dan email kepada orang ramai semasa sambutan tahun baru Cina mencabuli peribadi individu.
Dalam jawapan bertulis kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Najib berkata sejumlah 4 juta mesej teks SMS dan 1,255,528 email telah dihantar.
Najib berkata semasa berbuat demikian, beliau tidak mempunyai akses kepada maklumat peribadi penerima mesej berkenaan.
Katanya, mesej teks itu dihantar secara percuma dan dibiayai oleh tiga syarikat telekomunikasi- Digi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd - sebagai sebahagian daripada tanggunjawab sosial mereka.
“Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberi jaminan prinsip peribadi individu dihormati selaras dengan syarat dan terma syarikat telekomunikasi,” katanya.
“Kami tekankan bahawa PMO tidak mempunyai akses kepada maklumat individu penerima pada sebarang masa.”
Alamat email itu diperolehi dari konglomerate Media Prima Bhd, Kementerian Pelajaran Tinggi dan laman sesawang Najib sendiri 1Malaysia.
Beliau juga berkata alamat email berkenaan dikendalikan oleh syarikat tersebut, kementerian dan pentadbir laman itu.
[Baca berita penuh]

