Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

MP Sivarasa dilarang masuk Sarawak

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ahli parlimen Subang R Sivarasa telah dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.

Sivarasa memberitahu Malaysiakini beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Xavier Jayakumar.

NONE Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.

“Saya ditahan di kaunter imigresen dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah,” katanya.

Buat masa ini, Sivarasa ditahan di bilik pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Kucing dan dijangka akan dikenakan perintah halangan masuk.

“Mereka akan hantar saya balik ke Kuala Lumpur pada penerbangan seterusnya yang mempunyai tempat,” katanya.

Xavier, diiringi oleh isterinya, Sheila Devaraj dan seorang pembantu, Abdul Razak Ismail. Kedua-dua mereka dan Jayakumar bagaimanapun dibenarkan masuk.

"Saya dilarang masuk ke Sarawak, dan sekarang sedang dieskot balik ke pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurut beliau, tiada alasan kukuh yang diberikan berhubung larangan itu. 

Arahan pejabat ketua menteri

"Tiada alasan apa-apa, hanya mereka katakan arahan telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri untuk melarang saya dari masuk," katanya.

Sivarasa tidak menolak larangan itu berkemungkinan kerana kegusaran kerajaan dengan kehadiran beliau di Sarawak, serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan melanggar hak asasi.

"Saya pun tak tahu apa yang mereka takutkan terhadap saya dan saya anggap ini sebagai satu salah guna kuasa dan melanggar hak asasi saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli parlimen dan tindakan ini adalah tidak patut," katanya.

Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang memasuki Sarawak.

Pada 2009, pihak imigresen Sarawak menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur manakala dua bulan sebelum ini, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan juga dihantar pulang.

Anwar Ibrahim arriving to open Sarawak PKR convention in Batu Kawah, near Kuching. Left is Sarawak PKR chief Baru Bian Sivarasa kemudiannya dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada penerbangan jam 11.55 pagi.

Sementara itu, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 11.25 pagi, dibenarkan masuk.

Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, memberitahu pemberita bahawa parti itu akan membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

"Ketika dihalang memasuki Sarawak kali pertama pada 2009, pihak Imigresen berkata Sivarasa tidak mempunyai surat jemputan. Tapi kali ini, kami memastikan dia menerima surat jemputan untuk konvensyen parti namun dia tetap dilarang sekali lagi," katanya.

[Baca berita penuh]