Utusan PBB kecam Asean kerana berdiam mengenai Burma
Utusan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tan Sri Razali Ismail mengecam Asean kerana tidak mempunyai keupayaan politik untuk mengubah keadaan di Burma, terutamanya lanjutan perkembangan terkini di negara itu.
Razali yang merupakan orang luar pertama yang berjumpa pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi sejak beliau ditahan oleh pihak junta di Rangoon minggu lalu, berkata usaha penyelesaian politik di Burma tidak akan berjaya tanpa sokongan kerajaan serantau.
"'Perbincangan membina' hanyalah alasan untuk meneruskan keadaan sediakala. Asean sepatutnya malu kerana apa yang sedang berlaku," kata utusan PBB itu dalam temuramah di Kuala Lumpur Jumaat lepas.
Utusan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tan Sri Razali Ismail mengecam Asean kerana tidak mempunyai keupayaan politik untuk mengubah keadaan di Burma, terutamanya lanjutan perkembangan terkini di negara itu.
Razali yang merupakan orang luar pertama yang berjumpa pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi sejak beliau ditahan oleh pihak junta di Rangoon minggu lalu, berkata usaha penyelesaian politik di Burma tidak akan berjaya tanpa sokongan kerajaan serantau.
"'Perbincangan membina' hanyalah alasan untuk meneruskan keadaan sediakala. Asean sepatutnya malu kerana apa yang sedang berlaku," kata utusan PBB itu dalam temuramah di Kuala Lumpur Jumaat lepas.
"Myanmar (*dulu dikenali sebagai Burma) akan menjadi pengerusi Asean pada tahun 2006. Macam mana kita boleh membiar seorang diktator tentera menjadi pengerusi Asean? Ada etos tertentu di rantau ini - seperti rundingan bersama rakyat - yang tidak diikuti di Myanmar."
Katanya, apabila menyentuh hal negara jiran, Asean sentiasa berkeras mengamal dasar 'lepas tangan'.
Akan tetapi, katanya, keselamatan jangkapanjang di rantau ini hanya dapat dicapai dengan rundingan bersama rakyat dan penglibatan mereka dalam proses pembuatan keputusan.
"Lihat apa yang berlaku di negara Arab. Mereka tidak terdaya berbuat apa-apa mengenai (bekas Presiden Iraq) Saddam Hussein. Mereka tidak terdaya memberi apa-apa penyelesaian sendiri sehingga Amerika terpaksa campur tangan," katanya.
"Saya bukannya bermaksud Asean seperti itu, tetapi anda dapat memerhati analogi itu (dalam hal ini juga)."
Tugas segera
Razali, seorang ahli diplomat yang berpengalaman, dilantik oleh PBB tiga tahun yang lalu untuk mengendalikan dialog antara kerajaan Burma dan kumpulan pembangkang yang dipimpin oleh Suu Kyi.
Tetapi dilihat bahawa lawatan-lawatannya ke Burma lebih kerap tertumpu kepada usaha untuk membebaskan Suu Kyi daripada tahanan.
Suu Kyi masih ditahan oleh askar junta Burma walaupun utusan PBB itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau patut dibebaskan.
Pengerusi DAP Lim Kit Siang mengkritik misi terkini Razali itu sebagai "kegagalan yang mutlak".
Apabila diminta untuk membalas kritikan Lim, Razali berkata, "Memang benar keadaan merosot. Tetapi saya mesti bertumpu kepada tugas saya yang seterusnya, iaitu membebaskan Suu Kyi."
Justeru itu, Razali menyeru negara-negara yang akan menghadiri Forum Serantau Asean di Phnom Penh Rabu ini untuk membuat keputusan mengenai tiga usul.
Asean, katanya, mesti berkeras meminta Suu Kyi dibebaskan dengan segera.
"Kita tidak boleh berkompromi. Kita tidak boleh tunggu sehingga keadaan menjadi 'biasa'. Ia mesti berlaku sekarang juga."
Satu lagi usul adalah untuk mendapat jaminan kerajaan Burma mengenai keselamatan Suu Kyi dan bahawa "tiada apa-apa yang akan berlaku terhadapnya".
Yang ketiga, sambungnya, Asean mesti berkeras meminta dialog penyelesaian politik bermula dengan segera sebaik sahaja Suu Kyi dibebaskan.
Sasaran duit
Walaupun Razali menyambut baik sokongan negara lain untuk menambahkan tekanan terhadap pihak junta, beliau berkata lebih banyak usaha perlu dibuat untuk memujuk negara-negara yang mempunyai hubungan perniagaan dan perdagangan dengan Burma untuk melihat semula dasar mereka.
Sebagai contoh, katanya, langkah Amerika untuk membatas lawatan dan import dari Burma tidak akan memberi kesan yang tampak kerana ia tidak menyentuh pemimpin atasan pihak junta.
"Kira-kira 500 jeneral ini tidak akan kesusahan. Mungkin mereka tidak boleh melawat Amerika - habis?
"Bukan sahaja wang dari New York yang terlibat, tetapi dari negara lain seperti Singapura juga."
Razali berkata jika Majlis Keselamatan PBB mempertimbang untuk mengenakan batasan antarabangsa ke atas Burma, pihak junta akan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kehendak dunia.
Namun kebarangkalian usul sebegini diluluskan adalah "amat, amat, amat kecil" kerana Burma di sebelah China.
"Tetapi ia cukup untuk membuka jalan ke rundingan secara tidak formal. Ancaman sahaja sudah cukup," tambah Razali.
[*Nota: Nama Burma diubah kepada Myanmar dalam tahun 1989 oleh kerajaan tentera. Namun ramai pihak (termasuk malaysiakini ) tidak memakai nama baru itu kerana ia diberi oleh sebuah kerajaan yang tidak sah.]


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.