Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MoCS gerak 'kuasa rakyat' jika Taib tak berundur

Sebuah NGO Sarawak - Movement for Change Sarawak (MoCS) - hari ini memberi tempoh sehingga 13 Ogos kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk meletak jawatan sebagai Ketua menteri Sarawak.

Pengerusinya, Francis Paul Siah berkata, MoCS ia akan menggerakkan "kuasa rakyat" jika Abdul Taib gagal berbuat demikian.

"Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, kita akan lakukan (sendiri) melalui kuasa rakyat," kata pemimpin MoCS, Francis Paul Siah kepada pemberita hari ini.

NONE Sebelum itu, beliau menyerahkan satu notis tuntutan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini supaya menyiasat dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap ketua menteri Sarawak itu.

Turut diserahkan ialah salinan satu laporan kepada SPRM Kuching yang dibuat sebelum ini berhubung dakwaan berkenaan.

Ketika diminta untuk menjelaskan mengenai "kuasa rakyat" yang dimaksudkannya itu, Francis berkata: "Anda fikir sendirilah, anda tahulah kan?"

"Tapi kita masih ada masa. MoCs (meminta Abdul Taib) untuk letak jawatan pada 16 September lalu.

"Jadi kita beri dia 11 bulan untuk mempertimbangkannya.

"Kita orang baik. Orang Mesir beri (tempoh kepada bekas presiden) Mubarak cuma 18 hari," kata Francis lagi.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengenai satu kenyataan yang dibuat pada 31 Julai lalu.

"(Abu Kassim) berkata beliau akan meletak jawatan sekiranya terdapat tuduhan ke atas mana-mana menteri kerajaan yang tidak disiasat.

"(Oleh itu) kami menuntut supaya ketua pesuruhjaya menjalankan siasatan segera ke atas semua tuduhan terhadap (Abdul) Taib Mahmud," kata Francis lagi.

Turut mengiringi beliau ke SPRM hari ini ialah ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh.

ADS