Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada tangkapan berhubung video seks, kata Hisham

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini menafikan laporan media bahawa beberapa tangkapan telah dibuat berhubung video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ minggu lalu.

NONE “Tidak pada pengetahuan saya,” katanya ketika diminta mengesahkan tangkapan berkenaan pada sidang medianya di bilik mesyuarat bangunan parlimen.

Jumaat lalu, The Star Online melaporkan bahawa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Akhbar harian Inggeris milik MCA itu seterusnya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelah malamnya.

Bagaimanapun edisi cetak The Star pada Sabtu lalu pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay.

Katanya siasatan juga hanya berkisar kepada laporan yang dibuat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Baca berita penuh]

ADS