Berita Malaysiakini

Protes Interlok: MP Teluk Intan, aktivis ditangkap

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran ditangkap bersama seorang aktivis, MS Arjunan dari Persatuan Progresif Pelajar Tamil Malaysia (MATSAP) ketika mengadakan demonstrasi membantah novel Interlok.

batu cave protest against interlok 030411 01 Manogaran ( dua dari kanan ), dari DAP dan Arjunan ( kanan sekali ) tiba bersama sekumpulan kecil aktivis awal pagi ini di Kuil Subraminiyar di Batu Caves di Gombak, Selangor, untuk membantah keputusan kementerian pelajaran menjadikan Interlok bacaan wajib Pelajar Tingkatan Lima yang mengambil kesusasteraan Melayu untuk peperiksaan SPM.

Polis bertindak menahan Manogaran dan Arjunan tengahari tadi, apabila berucap kepada kumpulan yang hadir itu dan menggesa masyarakat India supaya bersatu menentang penggunaan novel itu sebagai komponen sastera dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

Manogaran dan Arjunan dibawa ke ibupejabat polis daerah Gombak.

Mereka kemudiannya dibebaskan sekitar jam 2.40 petang selepas polis merakamkan kenyataan mereka.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Arjunan menggesa supaya novel itu tidak dijadikan bacaan wajib.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu kerajaan atau kementerian pendidikan hanya mengubahsuai sebuah buku yang menjadi masalah utama kepada masyarakat India.

Buku itu, kata Arjunan yang membaca satu kenyataan,  mengandungi banyak masalah dan menimbulkan isu-isu moral.

[Baca berita penuh]