'Isteri abai tanggungjawab punca hubungan sulit'

       

Peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami, dakwa ahli parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali.

NONE Oleh itu, dalam soalan tambahannya sewaktu sesi soal-jawab di

Parlimen, beliau bertanya apakah yang dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim), untuk mendidik para isteri mengenai tanggungjawab mereka.

Beliau mendakwa, ada masanya bila suami "ada keinginan" tetapi bila pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara'.

Dalam Islam, katanya, para isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.

Beliau yang juga presiden PERKASA berkata, ketika memandu pulang selepas kerja, si suami melihat perkara-perkara yang 'menaikan semangat' dan mahu memenuhi kehendak tersebut bersama isteri.

Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan dari isteri, maka ada suami yang pergi ke tempat-tempat yang sulit untuk memuaskan kehendak mereka itu, dan kemudiannya video mengenainya didedahkan.

Kerana itu, beliau mahukan satu penjelasan sama ada para isteri memahami peranan mereka," katanya merujuk kepada satu video seks seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda