Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan sesuka hati meroboh rumah ibadat di dalam kawasan bidang kuasanya, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan.

Beliau berharap semua pihak terutamanya parti pembangkang supaya tidak mempolitikkan isu rumah ibadat di kawasan DBKL.

saravanan kl draft plan 220808 03 Saravanan berkata, demikian kepada pemberita selepas melawat kuil Sri Maha Kaliamman di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur yang kononnya akan dirobohkan oleh DBKL bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

"Saya sudah bincang dengan pemaju supaya kekalkan kuil ini di sini kalau boleh, dan meminta mereka mengkaji semula pelan mereka tetapi pemaju bukanlah nak tergesa-gesa. Mereka memahami peranan atau kehendak masyarakat India, mereka akan buat secara situasa menang-menang,” katanya.

Saravanan juga berkata notis penempatan semula akan dikeluarkan oleh DBKL kepada pihak pengurusan rumah ibadat yang dibina di tanah milik kerajaan sekirannya tapak bangunan itu terlibat dengan projek pembangunan.

"Saya sudah bincang dengan pemaju supaya kekalkan kuil ini di sini kalau boleh dan meminta mereka mengkaji semula pelan mereka dan pemaju bukanlah nak tergesa-gesa. Mereka memahami peranan atau kehendak masyarakat India, mereka akan buat secara situasi menang-menang.

"Sekiranya tidak boleh juga, ia akan ditempatkan semula di sekitar ini (kawasan) juga," katanya.

Saravanan juga berkata, notis penempatan semula akan dikeluarkan oleh DBKL kepada pihak pengurusan rumah ibadat yang dibina di tanah milik kerajaan sekirannya tapak bangunan itu terbabit dengan projek pembangunan.

Awal bulan ini, penduduk sekitar Seksyen 90, Kampung Pandan, diberi tempoh sehingga 17 April ini sebelum kerja pengosongan tanah dijalankan pada 18 April.

Berikutan itu, mereka merayu kepada Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan tidak merobohkan Kuil Sri Maha Kaliamman yang dibina di situ sejak 1967.

Tapak kuil itu adalah milik Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri dan akan dibangunkan untuk tujuan komersial. Ia terletak dalam pelan pembinaan sistem transit pantas massa (MRT)

- Bernama