Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zeti dilantik semula Gabenor Bank Negara
Diterbitkan:  Apr 20, 2011 1:53 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

NONE Zeti, 64, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000.

Zeti, yang telah menerajui BNM sejak 10 tahun lepas, telah menerima beberapa anugerah kerana prestasinya dan telah dinamakan sebagai "Gabenor Bank Pusat Terbaik Tahun ini" oleh penerbitan Emerging Markets di Washington.

Beliau juga menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Tahunan di Dubai pada tahun lepas dan Anugerah Kepimpinan Industri Aset di dalam Kewangan Islam di anugerah tahunan Triple A Awards bagi Kewangan Islam 2010 bagi sokongannya di dalam pembangunan kewangan Islam di Malaysia dan di pasaran baharu muncul oleh The Asset Publishing and Research Limited, Hong Kong.

Sebagai Gabenor, beliau mmainkan peranan penting di dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar monetari, sambil memastikan kestabilan sistem kewangan Malaysia.

Zeti juga bertanggung jawab kepada kejayaan transformasi sistem kewangan Malaysia kepada salah satu yang paling maju dan berdaya tahan di dalam ekonomi baharu muncul.

Kewangan Islam

Ini termasuk menerajui pembangunan kewangan Islam di dalam negara dan pada peringkat dunia dan mengambil bahagian di dalam usaha meningkatkan sumbangan enterpris kecil dan sederhana ke dalam ekonomi negara ini.

NONE Beliau juga aktif di dalam membentuk masa depan kerjasama kewangan di rantau Asia dan merupakan suara yang penting bagi ekonomi haharu muncul di dalam forum kewangan antarabangsa.

Zeti juga memainkan peranan penting di dalam transformasi organisasi bank pusat untuk menjadi fokus secara strategik dan dipacu prestasi yang baik. Ini turut melibatkan perubahan utama terhadap proses tadbir urus, pengurusan bakat dan menetapkan kerangka pengurusan risioko yang kukuh.

Pada 2009, beliau menerajui penggubalan satu perundangan perbankan pusat yang baharu.

Penggubalan Akta Bank Pusat Malaysia 2009 menyediakan Bank Negara Malaysia dengan mandat yang lebih jelas dan memberikan kuasa yang perlu bagi

membolehkannya melaksanakan tanggung jawabnya secara berkesan.

- Bernama

 

ADS