ADUN Sungai Dua, Jasmin Mohammed ( bawah, kiri ) berulang-kali menafikan bahawa pemimpin Umno mahupun anggotanya menggunakan perkataan yang menghina masyarakat India.

penang state assembly 181108 jasmin mohamed Ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, pemimpin BN itu sebaliknya berkata “hanya orang India yang melabelkan diri mereka sendiri sebagai paria.”

"Umno tidak pernah mencetuskan perpecahan perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum. Malah ia sentiasa berusaha menyatukan mereka... kita ada Cina dan India bersama (dalam BN) tetapi kita pula yang seringkali dipersalahkan dalam banyak perkara.”

Isu berkenaan timbul apabila RSN Rayer (DAP-Seri Delima) mempersalahkan BN ketika mengulas mengenai kontroversi karya sastera Interlok yang digunakan di sekolah-sekolah yang dikatakan telah memecahkan perpaduan rakyat.

NONE Perkara itu timbul beberapa kali ketika semasa perbahasan sejak dua hari lalu, meskipun kerajaan telah bersetuju menggugurkan perkatan paria dari novel Interlok.

Ketika mengulas penafian Jasmin itu, Rayer ( kiri ) berkata hanya masyarakat India dari MIC yang menggunakan perkataan tersebut ke atas bangsa mereka sendiri.

Speaker Abdul Halim Hussein kemudian mengarahkan semua ahli agar tidak memanjangkan isu berkenaan yang bakal menjejaskan persidangan DUN itu.

[Baca berita penuh]