mk-logo
Berita
P'raya tempatan di S'gor akhir bulan ini

Kerajaan Selangor akan memulakan projek perintis pilihan raya majlis tempatan di negeri itu pada akhir bulan ini.

Dijangkakan berlangsung selama dua bulan, ia akan menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua kampung di Kampung Baru Sungai Jarom, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Bagan di Pulau Ketam.

NONE "Kenapa tiga? Tiada alasan spesifik sebenarnya," kata exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram Ean Yong Hian Wah ( kanan ).

Katanya, ketiga-tiga kampung baru itu secara rawak 'ditawarkan' oleh ADUN masing-masing.

Bercakap kepada Malaysiakini , beliau juga berkata projek perintis itu sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

"Jika ini berjaya, kita akan pertimbangkan mengembangkannya untuk memilih semua ahli majlis," kata Ean Yong.

Katanya, terdapat 78 kampung baru dan "lebih 360" kampung Melayu di Selangor.

Pilihan raya itu dianggarkan bakal menelan belanja antara RM100,000 hingg RM200,000 untuk setiap kampung, kata ADUN Seri Kembangan itu.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini