Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George mendakwa menerima ugutan bunuh terhadap diri dan keluarganya ekoran pendedahannya berhubung kegiatan mencuri pasir di Selangor baru-baru ini.

Beliau mendakwa menerima ugutan dari beberapa individu ketika meninjau tempat didakwa berlaku kegiatan kecurian pasir di TTDI Jaya di Shah Alam Rabu lalu.

Dr Jacob juga mendakwa menerima ugutan melalui panggilan telefon yang mahu mencederakan dirinya serta keluarga dari "tonto" berkaitan.

azlan Menurutnya, beliau tidak menyangka sama sekali menerima ancaman dan ugutan sedemikian rupa kerana ia merupakan tanggungjawabnya berkhidmat kepada masyarakat untuk melaporkan isu kegiatan mencuri pasir.

"Mungkin apabila kenyataan dilaporkan kepada media cetak dan elektronik pada 5 Mei lalu dan masuk dalam video di Malaysiakini, mereka (tonto) naik angin dan bertindak menggugut mengancam mencederakan diri dan keluarga saya".

"Sehingga kini saya masih fobia, tiada semangat, saya akan letak jawatan, saya takut, isteri saya cakap buat apa nak bahayakan diri dan keluarga," katanya dihubungi Komunitikini hari ini.

Beliau baru mendedahkan satu kes berkaitan walaupun difahamkan menerima maklumat lebih 200 kes daripada masyarakat setempat sejak beberapa bulan lalu.

Susulan ugutan itu, Dr Jacob berkata dua laporan polis telah dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam dan Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam.

[Baca lanjut di Komunitikini ]

ADS