Negara Islam tidak boleh ada judi, kata Mahfuz
Dewan Pemuda PAS pusat (DPP) mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya mengharamkan semua bentuk perjudian di negara ini selaras dengan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Ketika membuat desakan, ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar berkata, pengharaman judi itu hendaklah menjadi satu dasar kepada negara, bukannya ditutup akibat bantahan oleh rakyat atau pendedahan oleh pihak-pihak tertentu.
"Hanya dengan menjadikan pengharaman judi sebagai dasar kerajaan sahaja boleh memberi makna bahawa judi telah ditutup sepenuhnya di negara ini.

"Tindakan mengarahkan pusat-pusat perjudian dihentikan operasi kerana bantahan rakyat menjelang pilihanraya, membuktikan kerajaan BN tidak ikhlas dalam melaksanakan Islam," katanya dalam satu kenyataan.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan demikian sebagai mengulas laporan pengumuman Bukit Tinggi Resort Berhad (BTRB) yang menutup terus operasi mesin slot di Bukit Tinggi.
Sebelum ini, BTRB menutup sementara operasi mesin slot di situ selepas kerajaan dikritik hebat oleh parti pembangkang, terutama PAS, yang mendakwa syarikat berkenaan diberi lesen operasi kasino kedua selepas Genting Highlands.
Premis judi
Oleh itu, Mahfuz mendesak kerajaan BN menghapuskan sepenuhnya industri judi di negara ini dengan menarik balik lesen dan permit premis perjudian serta menghalang rakyat negara ini terlibat dengan sebarang perniagaan perjudian.
Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang mengarahkan operasi mesin slot di Bukit Tinggi dihentikan, sedangkan lesen perjudian yang diluluskan kepada Bukit Tinggi Resort Berhad (BTRB), tidak pernah ditarik balik.
Katanya, ini sekali-kali tidak akan menghalang lesen perjudian itu digunakan untuk membuka premis judi di tempat lain.
"DPP tidak nampak atas alasan apakah sebuah negara yang diisytiharkan negara Islam tetapi begitu berani cuba menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah," tegasnya.
Mahfuz juga kesal kerana beberapa syarikat judi telah diwujudkan dengan melibatkan beberapa orang Melayu yang menganggotai lembaga pengarahnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.