Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tutup fail dua kes berprofil tinggi
Diterbitkan:  May 31, 2011 5:16 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail dua kes berprofil tinggi membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Abd Ghani Patail dan bekas Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Robert Phang.

hadenan abdul jalil 310511 Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Jalil, berkata dalam mesyuarat PPO kali kedua bagi tahun ini, panel bersetuju dengan suruhanjaya itu yang tidak mengambil tindakan lanjut terhadap dua kes terbabit selepas menjalankan siasatan terhadapnya.

"Dalam mesyuarat hari ini kita telah menyemak hasil siasatan dan keterangan yang telah diperoleh daripada SPRM mengenai dua kes itu, dengan ini panel sebulat suara bersetuju untuk menutup kes berkenaan," katanya pada sidang media.

Katanya, dalam kes siasatan Abd Ghani, yang dikatakan mendapat pembiayaan bagi menunaikan ibadah haji, panel itu berpuas hati bahawa siasatan tidak menunjukkan keterangan bagi sebarang kesalahan jenayah.

Menurut Hadenan, dalam kes Phang yang dikatakan cuba memberi sogokan kepada seorang Ketua Setiausaha Kementerian, panel itu berpuas hati bahawa siasatan yang telah dijalankan tidak mencukupi keterangan untuk sebarang pertuduhan terhadap mana-mana pihak.

- Bernama

ADS