Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 86 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sebelum ini gagal mendapatkan tempat di universiti luar negara akan kini ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran mengikut program berkembar di universiti tempatan swasta dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata perkara itu diputuskan oleh mesyuarat jemaah menteri yang juga bakal menyaksikan pelajar cemerlang berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, akhirnya.

“Buat masa ini, jika kita hantar mereka ke universiti tempatan bagi mengikuti kursus yang tidak dipilih mereka serta tidak berpuas hati, kita terpaksa membelanjakan RM14.8 juta. Jika kita hantar mereka ke luar negara, kos akan naik kepada RM52.1 million.

“Tetapi jika kita tawarkan mereka tempat di universiti swasta mengikuti kursus pilihan mereka, ini akan menelan belanja RM21.6 juta.

"Sebab itu kita pilih cadangan pertama untuk hantar ke IPTS mengikut bidang dan jurusan yang mereka pilih," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata pelajar berkenaan, yang terdiri daripada tiga Melayu, 71 Cina, 11 India dan seorang Bumiputera Sarawak, akan ditempatkan di bebebapa IPTS antaranya Universiti Perubatan Antarabangsa, Monash University Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia Malaysia.

Katanya, pengkhususan program matrikulasi seperti perubatan, kejuruteraan an sebagainya akan diwujudkan bagi memudahkan pelajar memohon biasiswa matrikulasi berdasarkan bidang yang diminati.

Bagi tahun ini, 1,500 pelajar cemerlang diberikan biasiswa penuh JPA bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.

Namun beberapa NGO, ahli politik, pelajar dan ibu bapa mengadu bahawa masih ada pelajar cemerlang yang tercicir daripada mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran di luar negara.

[Baca berita penuh]

ADS