Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA mahu Melayu tentang p'raya masjid
Diterbitkan:  Jun 13, 2011 4:03 PM
Dikemaskini: 9:24 AM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu orang Melayu Pulau Pinang bangun dan menentang pelaksanaan pemilihan anggota

jawatankuasa masjid melalui pilihan raya kerana ia membawa kepada pepecahan umat Islam.

    

NONE Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata dengan pelaksanaan kaedah baru itu, masjid selaku tempat suci dan penyatuan umat Islam akan tercemar apabila berlaku perebutan kuasa, berpuak-puak dan saling membenci dalam usaha memenangi pilihan raya itu.

    

"Tindakan kerajaan Pulau Pinang adalah tindakan untuk mundur kebelakang dan hanya semata-mata didorong oleh nafsu dan kepentingan politik yang telah mengatasi segala kepentingan dan lain-lain pertimbangan yang lebih rasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    

Kerajaan DAP Pulau Pinang minggu lepas mengumumkan pemilihan jawatankuasa masjid di negeri itu akan diadakan secara pilihan raya mulai tahun ini bagi menggantikan cara lama.

    

Ruslan berkata kaedah itu pernah dilakukan di Kelantan pada tahun 60-an dan 70-an, namun ia dihentikan kerana mengakibatkan berlakunya perbalahan dan pepecahan.

    

"Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Pahang di mana amalan tersebut juga telah dihentikan," katanya yang juga bekas ketua penerangan PKR.

- Bernama

ADS