Seorang wakil rakyat DAP Selangor berang selepas mendapati gambarnya telah diubahsuai dengan hidung babi dalam posting blog yang juga mengandungi laporan palsu bahawa beliau cuba mensabotaj rakannya dalam PAS.

utusan hamidah blog ng suee lim 150611 ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menyertakan salinan gambarnya yang

diubahsuai itu serta salinan posting blog tersebut dalam laporannya di balai polis Sekincan semalam.

Gambar yang diubahsuai dan posting itu dimuat dalam blog pro-Umno 'Sungai Rapat Online'.

"Saya mengesyaki blog itu milik exco kerajaan Perak Hamidah Osman atau penyokong beliau, kerana 90 peratus kandungannya adalah mengenai beliau," kata Ng ketika dihubungi Malaysiakini.

Hamidah adalah ADUN Umno Sungai Rapat.

utusan hamidah blog ng suee lim 150611 Gambar yang diubahsuai itu ditemui dalam posting 14 Jun yang

bertajuk "DAP menyambut baik pengguguran Hasan Ali daripada sebarang jawatan dalam PAS" .

Ng mendakwa laporan itu palsu kerana beliau tidak pernah diwawancara oleh blog tersebut atau menyebut perkara yang memetik beliau dalam laporan itu.

[Baca berita penuh]