Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Khas Rasuah kendali 379 kes
Diterbitkan:  Jun 22, 2011 3:00 PM
Dikemaskini: 7:02 AM

Sebanyak 379 kes rasuah telah dikendalikan oleh Mahkamah Khas Rasuah sehingga April tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

NONE Kes-kes itu melibatkan Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Daripada keseluruhan kes itu, sebanyak 163 telah diselesaikan, katanya menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).

Selangor mencatatkan jumlah kes yang paling tinggi iaitu 155 kes, diikuti Kuala Lumpur 67 kes, Johor 54 kes, Sabah 46 kes, Perak 28 kes, Negeri Sembilan 20 kes dan Pahang 11 kes.

Liew berkata susulan daripada penubuhan mahkamah itu, seramai 13 orang hakim Mahkamah Sesyen telah dilantik bagi mengendalikan kes-kes rasuah di mahkamah-mahkamah berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS