mk-logo
Berita
Lelaki Kemboja ditahan bawa bahan buat letupan
Diterbitkan:  Jul 8, 2011 7:27 AM
Dikemaskini: 7:37 AM

Polis menahan seorang lelaki warga Kemboja kerana memiliki bahan-bahan membuat letupan di dalam sebuah teksi yang dipandunya semasa polis mengadakan 'Ops Padam Bersih' di susur masuk Plaza Tol Tapah semalam.

    

NONE Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam ketika memandu sendirian dalam perjalanan dari Ulu Tiram, Johor, ke Tapah.

    

Siasatan polis mendapati lelaki itu membawa muatan empat guni berisi simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk berwarna hitam disyaki sekam padi, dua guni plastik jenama borax decahydrate mengandungi serbuk putih, satu guni berisi besi paip bercampur getah paip, lima biji mangkuk tanah, satu beg plastik disyaki mengandungi pasir dan satu tong plastik mengandungi cecair disyaki asid.

    

Lelaki berkenaan yang sudah menetap selama 18 tahun di negara ini dan mendapat kerakyatan Malaysia dikatakan menyewa teksi berkenaan untuk membawa bahan-bahan tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram di ibu negara esok, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    

NONE Shukri berkata lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, di mana barang-barang yang dirampas dipercayai bahan kakisan dan bahan yang boleh dibuat letupan.

    

Barang-barang yang dirampas itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan, katanya.

    

Sementara itu dalam perkembangan lain, Shukri berkata polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa terdapat sepuluh lelaki berkumpul dan memakai baju kuning di kawasan perkuburan Cina, Kampung Sitiawan, Manjung, 120km dari sini malam tadi.

    

Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian mendapati kesemua mereka telah menghilangkan diri.

    

NONE Siasatan di hadapan pintu masuk perkuburan Cina itu menemui 21 botol air mineral bersaiz 500ml yang diisi minyak petrol dan sumbu pelita, satu plastik hitam mengandungi 12 beg plastik kecil berisi butiran kecil warna hijau dipercayai baja, empat bateri jenama Sony saiz AA dan lapan helai T-shirt putih dengan perkataan 'kotor'.

    

Sebuah pejabat Pusat Khidmat Aduan Pangkor bersebelahan dengan Pejabat Umno di Lumut juga telah disimbah cat oleh individu yang tidak dikenali pagi ini.

    

Beliau berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

- Bernama

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini