Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibrahim: Henti menuduh, beri peluang JAIS sedia laporan
Diterbitkan:  Aug 5, 2011 9:21 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta semua pihak berhenti tuduh menuduh dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, pada malam Rabu.

    

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata semua pihak tidak perlu melenting atas kepentingan politik.

    

"JAIS wajar diberi peluang menyediakan laporan lengkap dan JAIS hendaklah dihormati kerana jabatan itu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan mengikut undang-undang," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.

    

Beliau berkata kisah perhimpunan paderi yang didakwa mahu menubuhkan kerajaan Kristian tidak seharusnya berulang, di mana selepas pelbagai penafian dan kecaman dibuat kepada sebuah akhbar yang mendedahkannya, akhirnya seorang anggota DAP Jelutong yang membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Oleh itu majlis atas nama program kebajikan wajar dipantau kerana di sebalik program tersebut, ada agenda halus untuk mengabui orang Melayu Islam yang daif melalui pelbagai bantuan," katanya.

    

Katanya, walaupun terdapat kebebasan beragama tetapi penguatkuasaan perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang bentuk kegiatan oleh agama-agama lain yang turut membabitkan umat Islam, termasuklah gerakan yang mungkin berselindung di sebalik nama kebajikan, yang mungkin sudah lama dijalankan senyap-senyap.

"Ini kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan pihak penganut agama lain tidak boleh cuba mendakwah orang Islam memeluk agama mereka, kerana ianya salah di sisi undang-undang.

    

"Jangan guna alasan kebebasan beragama untuk melakukan kegiatan-kegiatan terhadap umat Islam dengan mengunakan program bantuan kemiskinan. Ianya boleh di buat cara lain seperti menyumbang kepada institusi-institusi yang sah. JAIS jangan gentar menjalankan tugas dan Allah berserta dengan orang yang benar," katanya.

    

- Bernama

ADS