Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Protes PKR Perak di hadapan sebuah balai polis daerah di Ipoh pagi ini menyaksikan seorang pesertanya ditahan.

perak eo sit in protest 100811 02 Dalam protes bermula jam 9 pagi itu kira-kira 30 orang duduk di hadapan balai berkenaan sebagai tanda membantah penahanan seorang remaja berusia 20 tahun yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat (EO).

Mereka yang mengambil bahagian dalam protes ini termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj dari PSM yang baru dibebaskan bulan lalu daripada tahanan EO; ADUN Teja Chang Lih Kang; dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai.

S Nagenteran, seorang pembantu Jeyakumar dikatakan ditangkap ketika meninggalkan protes itu pada jam 10 pagi apabila dia ditahan oleh polis trafik berhampiran Ipoh Padang dan dibawa ke sebuah balai polis.

perak eo sit in protest 100811 car sticker "Kami tidak pasti mengapa dia ditahan tetapi kami syaki kerana terdapat pelekat di keretanya yang menuntut pembebasan PSM6,” kata Chang yang dalam perjalanan ke balai polis ketika dihubungi.

Beliau kemudian menulis di tweeter: 'Nagen telah dibebaskan, bersama keretanya. Nasib baik mereka tidak tahan keretanya di bawah EO!’

'PSM6' merujuk kepada enam aktivis yang ditahan selama 28 hari sebelum mereka dibebaskan pada 29 Julai lalu.

[Baca berita penuh]

ADS