Rosmah hadir majlis tazkirah, solat sunat tasbih
Diterbitkan: Aug 15, 2011 2:48 PM | Dikemas kini: Aug 15, 2011 2:51 PM
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis tazkirah yang diadakan di Seri Perdana, di Putrajaya.
Tazkirah yang berkisar kepada kemuliaan Ramadan serta keberkatannya disampaikan oleh penceramah terkenal, Datuk Dr Fatma El-Zahra.
Majlis itu dihadiri kira-kira 200 orang yang terdiri daripada para anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat).
Pada majlis itu mereka juga menunaikan solat sunat tasbih yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Pembangunan Insan Bakti.
- Bernama

