Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini, tidak akan bermesyuarat buat kali pertama esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

NONE Jelasnya, terdapat kekeliruan berhubung pengumuman pembentukan jawatankuasa yang bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

“Ada mesyuarat kabinet dijadual esok, (tetapi) bukan (mesyuarat) jawatankuasa khas itu.

"Saya yang bawa usul memorandum yang dikemukakan oleh ahli parlimen itu dan kita bersetuju membentuk jawatankuasa,” kata Nazri ketika dihubungi.

Beliau merujuk memorandum yang diserahkan oleh ahli parlimen Pakatan rakyat pada 8 Ogos lalu yang meminta diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat.

Ia berhubung dakwaan terdapat sekurang-kurangnya 1,100 penduduk tetap (PR) yang dimasukkan ke dalam senarai pemilih yang sepatutnya hanya untuk untuk warganegara ini sahaja.

Ditanya mengenai kemungkinan jawatankuasa khas parlimen itu ditubuhkan pada sidang khas sebelum Oktober ini, Nazri berkata ini "tidak mungkin" dan "tidak diperlukan".

Diminta mengulas tuntutan pembangkang supaya sidang tergempar diadakan, Nazri berkata perkara itu tidak lagi timbul kerana kerajaan telah bersetuju membentuk jawatankuasa berkenaan bagi menangani isu tersebut.

NONE "Harap-harap, sidang akan datang", kata menteri itu apabila ditanya bila jawatankuasa itu akan dibentuk.

Bernama memetik Najib berkata jawatankuasa khas parlimen itu akan bermesyuarat buat pertama kali esok.

Bagaimanapun, akhbar arus perdana lain termasuk portal berita yang melaporkan ucapan Najib pada jamuan berbuka puasa di ibu pejabat agensi berita nasional itu di Kuala Lumpur tidak menyebutkan tarikh mesyuarat berkenaan seperti laporan Bernama .

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terkejut dengan laporan jawatankuasa khas parlimen itu akan bermesyuarat esok kerana hanya Parlimen mempunyai kuasa membentuk jawatankuasa seumpama itu.

NONE “Saya hubungi (presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) dan (penasihat DAP Lim) Kit (Siang), dan kami semua tidak tahu mengenainya. Jawatankuasa khas parlimen mesti dibentuk di Parlimen dan pembangkang mesti dirujuk sepenuhnya.

“Saya ketua pembangkang tetapi belum dimaklumkan apa-apa... adakah kerajaan akan melantik hanya orangnya ke jawatankuasa itu dan menjadikannya sebagai ‘rubber stamp’?" soal Anwar.

Nazri,yang juga tidak jelas dengan apa yang berlaku hanya berkata, “mungkin mereka (Bernama) mendapatkannya dari pengumuman perdana menteri.

“Soal sidang tergempar tidak lagi timbul kerana kita telah memutuskan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi menangani isu tersebut,” katanya.

deputy speaker wan junaidi parliament pc 240609 Isu itu akan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akan datang yang dijadualkan bermula 3 Oktober depan, kata Nazri. Pembentangan Bajet 2012 juga akan dibentangkan pada sidang kali ini.

Ketika dihubungi, timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Jaafar menjelaskan pembentukan jawatankuasa khas parlimen perlu mengikut proses perundangan.

“Ia perlu dicadangkan melalui satu usul dan dibentangkan,” kata Wan Junaidi.

[Baca berita penuh]

ADS