Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Insiden Tung Shin: Saksi didakwa enggan kerjasama
Diterbitkan:  Aug 30, 2011 9:15 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Keengganan saksi untuk bekerjasama telah menyebabkan kelewatan melengkapkan siasatan dakwaan bahawa gas pemedih telah dilepaskan di dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu di Kuala Lumpur semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONE Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ( kiri ) berkata saksi terdiri daripada doktor, jururawat dan pesakit di hospital berkenaan enggan tampil untuk membantu dalam siasatan insiden tersebut.

Katanya beliau telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md Isa supaya mempercepatkan siasatan.

Bagaimanapun, saya dimaklumkan beberapa saksi gagal hadir semasa siasatan, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena Aidilfitri di Seri Perdana, di Putajaya hari ini.

NONE Liow berkata laporan siasatan itu akan dikemukakan kepada Kabinet.

Katanya dua pasukan, satu dari kementeriannya dan satu dari pihak polis, ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan terhadap pasukan polis atas kejadian itu.

- Bernama

ADS