Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sepatutnya dibiarkan supaya terus bercakap berhubung komunisme kerana ia akan memberi kelebihan kepada BN.

NONE Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Mohamad akan menyebabkan masyarakan marah dan akhirnya mengalihkan sokongan mereka kepada BN.

Dr Mahathir berkata, beliau berasa seronok sekiranya timbalan presiden PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terus dibiarkan membuat kenyataan seperti itu.

"Kalau saya jadi PM, saya nak upah orang PAS supaya kata macam Mat Sabu. Apa pasal nak kenakan tindakan kepada dia.

"Biarlah dia pergi mana-mana, orang akan sakit hati bila dengar dia bercakap dan kita akan untung.

"Kerana marah kepada Mat Sabu, orang akan undi BN. Jadi dia perlu dibiarkan," katanya lagi dalam satu majlis bersama wakil rakyat BN di Kuala Selangor hari ini.

Program anjuran Kelab ADUN BN itu merupakan salah satu antara lain mengumpulkan kesemua 171 orang wakil rakyatnya di Selangor yang akan akan menghuni di sebanyak 320 buah kediaman rakyat negeri itu.

Permukiman selama tiga hari itu berjalan berjalan sebaik BN Selangor selesai menjalankan konvensyennya pada hujung minggu lalu.

ADS