Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA mahu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuh

MCA hari ini menggesa agar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) dimansuhkan supaya persaingan yang lebih sihat dan adil bagi media arus perdana.

mca agm 021011 left chua soi lek and najib Bercakap pada perhimpunan mesyuarat agung tahunan ke-58 MCA di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur pagi ini, presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, undang-undang sedia ada memberi kelebihan yang tidak adil media-media internet.

"Pada masa ini, tiada kesamarataan antara media tradisional dan media online. Media cetak tertakluk kepada pelbagai undang-undang, tetapi media baru seolah-olah bebas. Tidak harus ada diskriminasi seperti ini."

Kenyataan Chua itu dibuat di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir bagi  merasmikan perhimpunan atas kapasitinya sebagai pengerusi BN.

azlan Najib, sehari sebelum sambutan Hari Malaysia lalu telah mengumumkan beberapa perubahan kepada undang-undang tertentu yang didakwa menindas, termasuk pindaan kepada PPPA yang tidak lagi memerlukan pembaharuan permit penerbitan tahunan.

Walau bagaimanapun, MCA menggesa undang-undang itu dimansuhkan terus kerana pindaan berkenaan tidak menjamin media yang bebas kerana kerajaan masih boleh membatalkan sesuatu lesen penerbitan pada bila-bila masa.

"MCA berpendapat akhbar harus diberi kebebasan untuk mengawal selia diri mereka sendiri. Sudah terdapat undang-undang seperti Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi Akta untuk menyekat sebarang salah laku oleh media," kata Chua.

university graduates 260205 Selain PPPA, Chua juga menggesa kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti yang tidak disentuh oleh Najib pada pengumuman Hari Malaysia yang lalu.

Katanya, dengan membebaskan persekitaran pembelajaran akan membenarkan pensyarah dan pelajar lebih ruang untuk terbabit dengan politik, di samping menghormati hak mereka sebagai pengundi.

[Baca berita penuh]

ADS