Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

BERSIH 2.0 menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil menafikan bahawa pejabatnya terbabit dalam cubaan membayar seorang wakil DAP untuk berpaling tadah dan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas di Dewan Undangan Negeri Johor.

NONE Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ( bertali leher kuning ) berkata adalah penting bagi Najib menjelaskan dakwaan itu kerana kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan kredibiliti beliau.

"Dakwaan DAP Johor (mengenai) tawaran RM150, 000 menonjolkan satu lagi tuntutan BERSIH untuk menghapuskan rasuah.

"Kami gesa PM untuk membersihkan namanya, failkan saman terhadap orang ini kerana berdiam diri hanya bermakna bahawa ia (dakwaan itu) adalah benar dan beliau (PM) akan kehilangan segala kuasa moral untuk meneruskan pembaharuan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

dap gwee tiong hiang pc 011011 01 Wong merujuk dakwaan ADUN Bentayan Gwee Tiong Hiang ( kiri , menggesat air mata), yang mendakwa beliau telah didatangi seorang 'ejen' - yang mendakwa mewakili Perdana Menteri - supaya berunding untuk berpaling tadah daripada DAP.

Gwee mendakwa beliau ditawarkan wang tunai RM150,000 sekali bayaran, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 dalam elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan pembantu peribadi, beliau sangguh untuk melompat parti.

Dakwanya lagi ejen itu juga berjanji memberi sokongan kepadanya bagi menentang DAP pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS