Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Komposisi Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini didakwa tidak adil kerana tidak mewakili kepentingan Malaysia Timur, dakwa dua ahli parlimen Bebas dari Sabah.

NONE Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar) dan Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) berkata mereka berpendapat mereka diabaikan kerana tidak mempunyai suara dalam jawatankuasa yang ditubuhkan semalam itu.

Bercakap kepada wartwan di lobi Parlimen, kedua-dua mereka berkata meskipun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Johnity Ongkili, yang juga ahli parlimen Kota Marudu adalah dari Sabah, namun komposisi itu tetap tidak mengambil kira kepentingan negeri itu.

"Maximus mengetuai dan menganggotai jawatankuasa itu sebagai seorang menteri kabinet. Sebagai seorang menteri, beliau perlu menjaga kedudukannya dan sudah tentu ia akan menjejaskan kedudukannya dalam kabinet jika beliau mendedahkan semua masalah dan kepincangan di Sabah.

"Pada akhirnya nanti, kabinet yang akan membuat keputusan, maka ia adalah lebih kritikal untuk mempunyai ahli dari Sabah yang bebas daripada kedudukan membuat keputusan dalam kabinet," kata Majimbun.

azlan Majimbun menjelaskan bahawa Ongkili berada dalam kedudukan yang sama dengan keadaan apabila Tan Sri Bernard Dompok mengetuai Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai integriti nasional pada tahun 2007.

"Ia tidak boleh diteruskan kerana keengganan pegawai-pegawai menyelesaikan masalah-masalah setinggan di Sabah (pada ketika itu).

"Isu pendatang tanpa izin diberikan kerakyatan negara ini melalui ‘pintu belakang’ dan kini mereka menjadi warganegara dan pengundi... ini adalah masalah kritikal yang kita perlu tangani  demi kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya.

Menurut Majimbun, mereka telah menulis kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bulan lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa itu, tetapi belum menerima sebarang maklum balas.

Chua, pula sebaliknya, menekankan bahawa daripada 3,206,742 penduduk Sabah hanya 72 peratus adalah warga negara ini manakala 27.7 peratus adalah pendatang asing, katanya sambil merujuk banci Unit Perancang Ekonomi, Penduduk dan Perumahan 2010.

azlan "Kami ingin tahu jika pendatang asing mempunyai hak mengundi hak (kerana) dari pengalaman yang lalu telah banyak berlaku ‘projek IC’ dan ramai yang terlalu tua untuk mengundi. Sebagai  contoh, 666 pengundi di Tawau berumur lebih 90 dan yang tertua pula berumur 27 tahun

"Jadi kami mahu semua ini masalah ini diselesaikan... semua masalah ini berlaku di Sabah tetapi hanya ada satu perwakilan dari Malaysia Timur iaitu dari Sarawak," kata Chua.

Jawatankuasa itu terdiri daripada sembilan ahli terdiri daripada lima wakil ahli parlimen BN, tiga dari Pakatan Rakyat dan seorang ahli Bebas.

Selain Ongkili, empat wakil BN yang lain adalah ahli parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB); ahli parlimen Kangar Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Umno); ahli parlimen Alor Gajah Tan Sri Fong Chan Onn (MCA); dan ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan (MIC).

Wakil-wakil Pakatan terdiri daripada ahli parlimen Gombak, Azmin Ali (PKR); ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli (PAS) dan ahli parlimen Rasah Anthony Loke (DAP).

Wakil tunggal Bebas adalah ahli parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.

ADS