Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

NONE Muhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British.

"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.

"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.

"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).

"Atas dasar itulah kita kata kita harus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi atas sebab itu, isu yang mencetus kontroversi sebelum ini, tidak harus didebatkan dengan lebih panjang lebar.

tunku abdul rahman 290809 Muhyiddin berkata, atas konsep itu, perjuangan memerdekakan negara adalah perlu dan sumbangan pejuang seperti Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak boleh diketepikan.

Beliau berkata, perjuangan kemerdekaan negara selama 54 tahun sehingga kini mempunyai signifikannya dan ia tidak disambut pada setiap tahun dengan sia-sia.

"Itu faktor sejarah. Kalau tak, apa perlu perjuangan kita, tidak perlu debat panjang lebar, perkara diterima rakyat, 54 tahun sambut merdeka mesti ada signifikannya," katanya.

Polemik timbul, apabila awal bulan lalu, sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling mendakwa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

zainal kling "Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS