Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakar: Mustahil bagi Anwar meliwat kerana keadaannya
Diterbitkan:  Oct 7, 2011 10:48 AM
Dikemaskini: 8:07 AM

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitahu, berdasarkan ujian ke atas ketua pembangkang itu dan keputusan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), adalah tidak mungkin bagi tertuduh meliwat.

NONE Menurut pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland yang menyambung keterangannya hari ini, penilaiannya dibuat dengan mengambil kira usia Anwar.

"Bekalan darah adalah masalah utama apabila berlaku kerosakan kepada saraf...

"Apabila kita andaikan hubungan seksual, ia tidak mungkin boleh dilakukan.

"Berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan keputusan MRI, ini mustahil dilakukan (tindakan meliwat) kerana usianya," kata Hoogland.

Menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Hoogland berkata meskipun pembedahan dijalankan dan terdapat perubahaan, namun kerosakan pada akar saraf beliau masih belum pulih sepenuhnya.

Jelas pakar itu lagi, keadaan sakit tulang belakang yang dialaminya tidak membolehkannya membongkok dengan normal.

Saksi pembelaan itu juga berkata, Anwar tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang memerlukan pergerakan badan yang kasar.

[Baca berita penuh]

ADS