Suaram: Fungsi biro tatatertib polis tak cukup
NGO hak asasi Suaram menyifatkan fungsi biro tatatertib polis bagi menangani anggotanya yang melanggar garis panduan operasi (SOP), seperti ketika menyuraikan demonstrasi masih tidak cukup.
"Ini kerana ia tidak telus dan laporan tatatertib adalah sulit," kata Penyelaras Suaram Yap Heng Lung (
kiri
).
Dalam kenyatannya hari ini, Yab berkata, hanya kewujudan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) yang adil dan bebas membolehkan institusi itu ditambahbaik.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata, anggotanya yang menggunakan kekerasan berlebihan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH telah dikenalpasti tetapi tiada tindakan lanjut boleh diambil kerana ketiadaan saksi.
Dalam kenyatannya hari ini, Yap berkata, Suaram tidak boleh menerima kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan polis tidak harus disalahkan sepenuhnya atas tindakannya pada 9 Julai lalu.
Sebaliknya, kata Yap, Hishammuddin perlu memohon maaf dan perlu membayar pampasan ganti rugi terhadap semua mangsa "keganasan" polis.

