Kementerian Luar Nagara menyelar pembangkang yang memainkan isu pemakaian pakaian kuning Ratu Elizabeth ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai lalu.

NONE Timbalan Menteri A Kohilan Pillay berkata, kadangkala anggota parlimen pembangkang seperti juga memakai pakaian biru yang menjadi warna BN.

"Janganlah kita syok sendiri," katanya.

R Sivarasa (PKR-Subang) sebelum itu bertanya sama ada kementerian itu mengambil tindakan dengan mengambilkira interpretasi bahawa Ratu menyokong BERSIH 2.0.

Pakaian kuning terang Ratu dalam pertemuan itu dianggap sebahagian penyokong pergerakan itu sebagai merestui perjuangan mereka menuntut pilihan raya bersih dan adil melalui perhimpunan pada 9 Julai.

[Baca berita penuh]