Walaupun tiga bulan telah berlaku sejak tokoh peguam terkemuka, Datuk Raja Aziz Addruse meninggal dunia, namun sumbangannya kepada Majlis Peguam Malaysia dan perjuangannya mempertahankan hak asasi manusia, terus diiktiraf hari ini apabila auditorium Majlis Peguam dinamakan semula sempena nama beliau.
Majlis tersebut disaksikan oleh Yam Tuan Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz, dan isteri Tuanku Aishah Rohani.
Majlis tersebut turut dihadiri balu Raja Aziz - Catherine Addruse -
dan dua anak perempuan mereka, Raja Azrine dan Raja Adeline.
Raja Aziz (kiri), meninggal dunia pada usia 75 tahun pada 12 Julai, akibat kanser.
Walaupun bertubuh kecil, bersuara lembut, dan pendiam, tetapi bagi rakan-rakannya, termasuk bekas ketua hakim India JS Verma, Raja Aziz dianggap sebagai pejuang terunggul hak asasi manusia.
Beliau merupakan satu-satu presiden Majlis Peguam yang menyandang jawatan tersebut selama tiga kali - 1976-1978, 1988-1989 dan sekali lagi pada 1992-93.
[Baca berita penuh]
