NGO pertubuhan hak asasai manusia, Suaram membidas Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah kerana mengeluarkan kenyataan bahawa tanpa penegasan dalam melaksanakan Islam, orang Melayu dan Islam yang dilindungi perlembagaan akan diratah dan dimamah oleh "gerakan hak asasi manusia" yang diibaratkannya sebagai "wabak komunis".

NONE "Usaha itu dilihat akan membawa negara ke zaman kegelapan di bawah pemerintahan autoritarian dan kuku bersih serta mewujudkan semula budaya takut yang telah menjejaskan amalan demokrasi dan penyertaan awam di Malaysia," kata Pengurus Program Suaram, E Nalini ( kanan ).

Katanya, komen Tee itu hanya bertujuan menyokong kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kedua-dua mereka "dikenali sebagai pencabul hak asasi manusia"

Ridhuan, dalam blognya dua hari lalu berkata "Tidak boleh terlalu bertolak ansur kerana, jika tidak, kita akan ditolak secara beransur-ansur."

[Baca berita penuh]