Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tindakan diambil jika anjur Seksualiti Merdeka di KL
Diterbitkan:  Nov 6, 2011 4:47 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan ke atas pihak yang mengadakan program Seksualiti Merdeka 2011 di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

NONE Beliau berkata, DBKL akan sentiasa memantau bagi menghentikan langkah menghidup atau mempromosi kegiatan tidak bermoral itu.

"DBKL berhak ambil tindakan kerana tiada kelulusan diberi untuk majlis sebegini. Kalau ia dilakukan di premis perniagaan, kita boleh sita dan kalau di premis awam kita akan ambil tindakan (terhadap penganjur)," katanya kepada pemberita pada majlis korban di Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, hari ini.

Raja Nong Chik berkata, meskipun program seumpama itu diadakan setiap tahun sejak 2008, namun DBKL tidak pernah menerima sebarang aduan disebabkan ia dilakukan tanpa publisiti seperti yang berlaku sekarang.

Terdahulu, majlis korban itu dianjurkan oleh pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan Lembah Pantai dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Sebanyak 30 ekor dan tujuh daripadanya disumbangkan oleh Raja Nong Chik disembelih di Masjid Imam Al-Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

 - Bernama

ADS