Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LLM: Trafik perlahan di kebanyakan lebuh raya
Diterbitkan:  Nov 7, 2011 7:38 PM
Dikemaskini: 1:41 PM

Keadaan trafik di beberapa lebuh raya petang ini dilaporkan bergerak perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing selepas orang ramai menghabiskan cuti sempena sambutan Aidiladha.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi berkata bilangan kenderaan bertambah di Lebuhraya Pantai Timur serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, sekitar Plaza Tol Bentong ke arah Lentang dan Gombak.

traffic jams traffic congestion "Trafik juga mula perlahan di susur masuk Tol Juru ke selatan hingga ke arah Bukit Tambun, sekitar Changkat Jering ke arah Kuala Kangsar bersambung ke Jelapang, Simpang Pulai ke Gopeng, Tapah ke Slim River, Rawang ke Sungai Buloh.

"Manakala di Lebuhraya PLUS arah selatan, trafik perlahan di Senawang hingga ke Hentian Rehat Seremban," katanya.

Jurucakap PLUSLine pula berkata trafik perlahan di empat lokasi trafik dari Tol Air Hitam menuju ke Skudai, Simpang Pulai ke Tapah, Sungkai ke Slim River dan Bukit Beruntung ke Rawang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS