Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Manakala murid Tahun Dua tahun depan diberi pilihan oleh kerajaan untuk belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu ia diperluaskan meliputi murid Tahun Satu.

NONE Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim ( kanan ) berkata pihaknya mengalu-alukan keputusan kerajaan itu tetapi merasakan ia perlu diperluaskan lagi daripada tempoh 2017 yang ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya, ibubapa harus diberi pilihan untuk anak mereka belajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.

Pandangan beliau dikongsi oleh presiden JMM, Azwanddin Hamzah, yang berkata, Page dan JMM juga berjanji untuk membantu Kementerian Pelajaran dan kerajaan mengenal pasti cara-cara untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik.

"Page mahu pilihan itu diperluaskan ke Tahun Satu kerana dasar ini telah dijalankan selama sembilan tahun dan ia terbukti berjaya.

"Mengapa ia tidak dipertingkatkan lagi,tetapi mahu dimansuhkan pula?" kata Noor Azimah.

missionary school 241207 hall Menurutnya, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris memberi manfaat kepada pembangunan negara dan tidak seharusnya dihadkan kepada tempoh tertentu.

Noor Azimah berkata murid-murid lebih suka menjawab soalan peperiksaan mereka dalam bahasa Inggeris.

Katanya, walaupun para guru mungkin tidak dapat menguasai bahasa itu, tetapi para murid mampu menguasainya kerana mereka boleh belajar dari televisyen dan internet.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa murid-murid diberi pilihan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Tahun Dua tahun depan dan juga di sekolah menengah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS