Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Buku bukti ada cubaan gulingkan Najib
Diterbitkan:  Nov 10, 2011 3:34 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Sebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.

Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 n surendren Mengulas buku itu, naib presiden PKR N Surendran ( kanan ) berkata adalah jelas cubaan menikam dan menggulingkan Najib semakin menjadi lebih berani.

"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin  berani.

"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.

"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang," kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.

NONE Antara kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Najib dalam buku itu adalah pengenalan dasar 1Malaysia, menghapuskan Kementerian Usahawan Pembangunan, mempunyai jemaah menteri yang lemah dan dianggotai terlalu ramai senator, mengurangkan subsidi dan melantik Apco.

Turut dibidas adalah kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan ‘flip-flop’.

[Baca berita penuh]

ADS