Sultan Selangor mungkin telah melangkaui batas kuasa baginda dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan Rang Undang-Undang pada bulan Julai, kata Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari.

NONE Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah yang

ditandatangani Sultan Sharafudin Idris Shah, menitahkan mereka untuk meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.

Titah bertarikh 11 Julai itu - salinan telah diberikan kepada Malaysiakini (kanan) - disertakan bersama dengan surat yang ditandatangani setiausaha sulit sultan, Datuk Mohamed Munir Bani.

"Selaku Ketua Agama Islam Negeri ini, Beta bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran Agama Islam dalam Negeri ini berjalan dengan lancar dan berkesan.

"Oleh yang demikian, Beta menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan Rang Undang-undang tersebut supaya semua cadangan dapat dilaksanakan dengan segera," titah tersebut dipetik.

Untuk mengelakkan satu lagi konfrontasi dengan istana, wakil rakyat Pakatan Rakyat berkompromi dan meluluskan pindaan terhadap Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, walaupun mereka melihatnya sebagai satu bentuk campurtangan istana dengan badan perundangan negeri.

Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada bulan Mac 2008, Pakatan Rakyat telah bertelagah dengan istana berhubung beberapa isu.

Aziz, seorang pakar dalam soal perlembagaan dan telah banyak menulis mengenai peranan raja, berkata perlembagaan mungkin tidak memperuntukkan kepada sultan kuasa sedemikian.

Menurutnya, walaupun Perlembagaan Persekutuan - Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan - dengan jelas menyatakan bahawa sultan boleh bertindak tanpa atau berlawanan dengan kerajaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam dan adat Melayu, tetapi senyap pada bahagian mengenai badan perundangan.

NONE "Sementara dalam perkara-perkara mengenai Islam sultan boleh

mengabaikan nasihat kerajaan, perkara yang sama tidak boleh digunapakai berkaitan dengan badan perundangan... Kita sekarang berhadapan dengan kuasa perundangan yang tidak terkawal oleh kerajaan.

"Sultan hanya bebas daripada kerajaan, tetapi itu tidak bermakna bahawa baginda juga bebas daripada Dewan," kata Aziz ketika dihubungi hari ini.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS