BERITA Malaysiakini

Peguam: Badan bebas patut siasat dakwaan hubungan

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Dakwaan mengenai hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah Azalina Latif sepatutnya dijalankan oleh sebuah badan bebas, kata peguam veteran dan ahli parlimen Karpal Singh.

NONE Karpal (kiri) menegaskan demikian bagi menjawab kenyataan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa Pejabat Peguam Negara mendapati tiada bukti "konkrit" terhadap dakwaan tersebut.

Menurut peguam itu, oleh kerana Farah adalah sebahagian daripada Pejabat Peguam Negara, maka siasatan tersebut sepatutnya dijalankan oleh sebuah badan bebas.

Farah Azlina adalah sebahagian daripada pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Saiful pula merupakan pengadu dan kes itu.

Karpal berkata logik dan alasan tidak boleh menyokong Pejabat Peguam Negara menyiasat perkara itu dan membebaskan pasangan itu kemudian daripada dakwaan tersebut.

Katanya, dakwaan hubungan sulit antara DPP dan pengadu dalam perbicaraan jenayah memerlukan satu siasatan terbuka, supaya ia menjadi iktibar kepada orang lain pada masa akan datang.

NONE Dan sekiranya hubungan sulit seumpama itu wujud, Karpal berkata implikasinya adalah lebih besar kerana ia akan termasuk kebersalahan jenayah di Mahkamah Syariah.

Katanya, terdapat peruntukan dalam undang-undang Islam untuk ketidaksopanan seumpama itu, termasuk hukuman untuk zina, yang menurutnya, salah satu jenayah yang paling serius dalam undang-undang Islam.

Karpal berkata langkah mengeluarkan Farah daripada pasukan pendakwaan dalam perbicaraan Liwat II juga menimbulkan persoalan berhubung dakwaan tersebut.

"Kenapa perlu dia dihukum melalui langkah ini jika dia tidak bersalah," Katanya.

Pada 27 Julai tahun lalu, Farah telah dikeluarkan daripada pasukan pendakwaan selepas muncul dakwaan di Internet yang dia dan Saiful terlibat dalam hubungan romantis.

Anwar kemudiannya mendakwa di mahkamah bahawa Saiful dan Farah masih belum menafikan dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]