BERITA

MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS

Kuek Ser Kuang Keng

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Nov 2011, 7:49 pagi

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.

NONE Aziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang

memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, yang mendakwa rapat dengan istana Selangor, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.

Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.

Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa seminar tersebut telah dirancang lebih daripada tiga bulan yang lalu.

Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.

Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari. Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.