Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Imbangi ekonomi, ekuiti cabaran utama Malaysia
Diterbitkan:  Dec 7, 2011 1:07 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Mengimbangi antara pertumbuhan ekonomi dan ekuiti menjadi cabaran utama Malaysia dalam menguruskan transformasi ekonomi dan politik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

    

Cabaran itu berikutan status dan keperluan pelbagai kumpulan etnik serta wilayah, kata beliau dalam ceramah umum bertajuk 'Menguruskan Transformasi Ekonomi dan Politik - Formula Malaysia' di Australian National University di Canberra hari ini.

    

muhyiddin yasin Muhyiddin berkata sejak awal kemerdekaan, kerajaan terpaksa berusaha untuk membasmi jurang pendapatan dan tahap kehidupan masyarakat majmuk di negara ini disebabkan pengenalan kaum dengan fungsi ekonomi.

"Pada 1957, sebahagian besar masyarakat Melayu tinggal di kawasan luar bandar yang amat miskin dengan kemudahan asas yang daif atau tidak ada sama sekali.

Pada masa sama, kalangan profesional dan perniagaan daripada kaum Cina serta India menguasai kawasan bandar yang mewah, dengan orang Melayu sebahagian besarnya berkhidmat dalam kerajaan dan tentera.

"Ini adalah perkara yang ditangani ketika kemerdekaan. Kami boleh membiarkan peristiwa dan keputusan yang menyusulinya diarahkan kepada kami atau kami boleh berusaha untuk menjayakan bentuk peristiwa dan hasilnya itu. Kami telah memilih bentuk tindakan yang kedua," katanya.

    

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS