Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan RCI bagi siasat' Projek IC', tahun depan

Kerajaan akan memutuskan sama ada untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan Projek IC di Sabah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

 

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu akan dibuat hanya selepas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini mengemukakan laporan penuhnya tahun depan.

                 

NONE Liew berkata buat masa ini, kerajaan tidak akan membuat sebarang keputusan, walaupun laporan interim PSC dibentangkan minggu lalu.

 

Beliau berkata PSC masih perlu mengadakan empat lagi pendengaran atau inkuiri awam. Sesi pertama bermula hari ini di Kuching, manakala pendengaran terakhir akan diadakan pada 13 Januari tahun depan di Johor Baru.

 

Hanya, setelah selesai empat pendengaran itu, PSC akan menyediakan laporan penuh, kata Liew kepada media di lobi Parlimen.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan laporan awal PSC supaya kerajaan  menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja sebagai langkah jangka panjang.

 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS