Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid: Keluarga Adam boleh buat laporan jika terima ugutan
Diterbitkan:  Dec 24, 2011 9:04 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

Keluarga kepada penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim diminta membuat laporan polis jika mereka menerima ugutan berkaitan pelajar tersebut.

    

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap ugutan tersebut, jika menerima laporan.

    

Keluarga pelajar tersebut mendakwa menerima ugutan ekoran perbuatannya menurun dan menggantikan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

    

Khalid juga berkata polis sedang memerhati sebarang tindakan lanjut Adam Adli dan menasihatinya supaya berhati-hati dengan tindakannya.

    

"Apa juga tindakan yang dia ingin lakukan, dia kena fikir kesan kepada dirinya sebagai seorang pelajar dan ketenteraman awam.

    

"Saya tidak mahu mengulas apa tindakan yang kita akan ambil, jangan sampai esok kita ambil tindakan, dia akan menyesal," katanya kepada pemberita semasa membuat tinjauan di sekitar bandar raya ini hari ini.

    

Hasil tinjauan di sekitar Larkin Sentral, Pasar Tani Larkin, Jalan Segget dan Jalan Wong Ah Fook, beliau berkata beliau menerima maklum balas yang baik dari anggota masyarakat dan pelancong asing berhubung penugasan anggota polis.

- Bernama

ADS