Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan 'firma guaman' RPK adalah fitnah, kata MBPJ
Diterbitkan:  Jan 10, 2012 6:32 PM
Dikemaskini: 10:39 AM

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam artikelnya yang berjudul 'Do it or Duit' dan menganggap tulisan itu sebagai "tidak benar dan memfitnah".

government appeal on allah case 060110 herald lawyer derek fernandez Dalam satu kenyataan media hari ini, MBPJ berkata peguam Derek Fernandez ( kiri ) yang juga ahli  majlisnya mahupun firma guamannnya Fernandez & Selvarajah tidak pernah diupah untuk mengendalikan perkara-perkara berkaitan perundangan majlis berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, tidak ada firma bernama 'Derek Fernandez & Co' seperti yang ditulis oleh Raja Petra dalam blognya itu.

MBPJ juga menjelaskan peguam N Surendran yang juga naib presiden PKR mahupun firmanya,  Edwin Lim, Soh dan Suren ada mengendalikan mana-mana 53 kes-kes majlis itu yang berkaitan dengan undang-undang dan sedang berlangsung.

Mengenai Latheefa Koya yang juga ahli majlis, MBPJ menjelaskan majlis itu bermesyuarat pada tahun 2009 tetapi beliau tidak menghadirinya. Justeru,"tiada konflik kepentingan" yang timbul dhasil daripada pelantikan firma Daim dan Gamany.

fuel hike police abuse memo at suhakam 310306 latheefa Ia berdasarkan pendapat penasihat undang-undang MBPJ bahawa Latheefa Koya adalah hanya seorang pembantu undang-undang di firma Daim dan Gamany dan bukannya seorang rakan kongsi.

Katanya, Latheefa tidak menganggotai  jawatankuasa yang melantik firma itu, di mana ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah adalah rakan kongsi firma.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS