Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Letupan dikaitkan dengan peserta himpunan 901
Diterbitkan:  Jan 11, 2012 12:54 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Meskipun polis masih menyiasat misteri tiga letupan di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin lalu, Utusan Malaysia hari ini memetik sumber polis bahawa bom buatan sendiri dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

NONE Pada halaman utamanya hari ini, akhbar milik Umno itu memetik sumber polis yang tidak dinamakan menjelaskan bahawa pemeriksaan ketat telah dijalankan di seluruh kawasan perhimpunan sebelum peserta dibenarkan memasuki lokasi itu, tetapi polis tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Siasatan awal mendapati, bom-bom berkenaan dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” kata sumber itu dipetik Utusan sambil menambah siasatan mengambil masa kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

NONE Laporan akhbar ini adalah yang pertama mengaitkan letupan pada hari perhimpunan 901 dengan peserta himpunan yang majoritinya penyokong Pakatan Rakyat. Sehingga hari ini, belum ada pegawai polis yang mengeluarkan sebarang kenytaan berhubung identiti dalang letupan itu.

Pada kejadian itu, lima orang termasuk seorang peguam cedera.

Letupan pertama berlaku kira-kira satu jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar setelah mendapati beliau tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

ADS