Keadilan mahu definisi jelas kecaman peribadi
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mahu satu tafsiran jelas bersama kriteria yang objektif diberikan terhadap maksud 'kencaman peribadi' oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya.
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mahu satu tafsiran jelas bersama kriteria yang objektif diberikan terhadap maksud 'kencaman peribadi' oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya.
Sebagai permulaan, parti itu mencadangkan perkara-perkara yang tidak menyentuh kepentingan umum dan perkara yang tidak boleh dibuktikan digunapakai sebagai garis panduan.
Parti itu bersetuju bahawa perkara peribadi tidak seharusnya dijadikan bahan kempen, namun isu-isu seperti rasuah atau perbuatan jenayah ada hubungannya dengan kepentingan umum dan rakyat berhak tahu.
Ini berikutan daripada rasa tidak puas hati oleh pemimpin PAS, termasuk presidennya Dato Haji Abdul Hadi Awang, mengenai peraturan kempen pilihanraya yang melarang calon-calon parti PAS daripada membongkarkan sebarang penyalahgunaan kuasa and perbuatan rasuah pihak lawan, terutamanya dari Umno.
Pemimpin PAS merasakan peraturan itu menyebabkan mereka tidak bebas untuk bersuara.
Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap pilihanraya Keadilan Rustam A Sani berpendapat tujuan pilihanraya adalah untuk memilih wakil rakyat yang berwibawa serta layak,dan jika perbuatan jenayah salah guna kuasa dan rasuah tidak didedahkan maka ia akan bertentangan dengan tujuan sebenarnya.
Jangan jadi mahkamah
Sebagaimana yang dicadangkan, parti tersebut juga mahu semua dakwaan dibuktikan dan sebarang tuduhan yang tidak berasas dicabar di mahkamah.
"Hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan perkara tersebut. Keadilan menyeru SPR supaya segera berhenti bertindak sebagai mahkamah atau badan berkuasa yang tidak terbatas sepanjang tempoh pilihanraya", kata Rustam.
Keadilan juga berharap penguatkuasaan undang-undang dan sistem kehakiman seharusnya berjalan seperti biasa dan tidak boleh diatasi SPR semata-mata kerana kita dalam suasana kempen pilihanraya.
Menurut Rustam lagi, takrifan 'kencaman peribadi' tidak seharusnya longgar dan sewenang-wenangnya ditentukan oleh SPR. Ini kerana perkara tersebut kini menjadi penting berikutan kemungkinan seseorang calon yang menang dibatalkan kerana melakukan kencaman peribadi.
Mengakhiri kenyataannya, parti Keadilan mahu kepastian sama ada SPR berhak mengatasi dan membatalkan mandat rakyat semata-mata berdasarkan definisinya terhadap perkara tersebut.
Dalam garis panduan tatasusila pilihan raya yang dikeluarkan baru baru ini, SPR menyatakan yang setiap parti politik tidak dibenarkan melakukan kecaman-kecaman peribadi seseorang pemimpin dalam kempen-kempen yang mereka lakukan.
Isu ini timbul bila Hadi, dalam satu
temuramah
telah mengatakan yang Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai imej Islam yang tidak tulen.
Ini dibantah oleh para pemimpin BN yang mahukan SPR bertindak menggunakan garis panduannya yang baru itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.