Malaysiakini BERITA

PKR akan failkan usul tergempar berhubung AG

Terence Netto  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata beliau akan memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan jenayah yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail seperti yang dinyatakan dalam laporan Malaysiakini .

NONE Sesi kelima Parlimen ke-12 bermula hari ini dengan spekulasi bahawa ia adalah sidang yang terakhir sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Sivarasa berkata usul itu akan difailkan pada Rabu ini di bawah Perintah Tetap 18 (1) yang membolehkan Parlimen untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam dan bersifat segera dan khusus.

"Pendedahan mengejutkan dalam laporan Malaysiakini memenuhi semua keperluan bagi peraturan tetap yang relevan di mana usul itu akan difailkan," kata Sivarasa.

shahrizat announce to resign as minister 110312 Menurut Sivarasa, Parlimen hanya membenarkan satu usul mendesak untuk difailkan dalam sehari.

Seorang lagi pemimpin PKR, Zuraidah Kamaruddin, pula akan memfailkan usul tergempar bagi membincangkan skandal National Feedlot Corporation (NFC)  yang telah menggoncangkan pentadbiran Najib sejak Oktober tahun lalu pada Jumaat ini.

[Baca berita penuh]